Murabahah - Fiqh Muamalat

11:40 |

[ FIQH MUAMALAT ]

 MURABAHAH (JUALAN PENAMBAHAN UNTUNG) 

Penjual menyebutkan harga modal barang jualan kepada bakal pembeli dengan memberi syarat, supaya barang itu diberi untung jika dibeli.

Contoh Senario 01:
Penjual berkata: "Barang ni harga aku beli dulu RM25, kalau kau mahu aku jual ambil untung 20% je.."
Pembeli menerima: "Oh ye? Okey, boleh sangat tu pakcik. Saya nak beli lah."
Maka pakcik penjual diatas mendapat untung RM5 dari modal belian berharga RM25.

Contoh Senario 02:
Seseorang berkata: "Saya jual rumah ini dengan harga yang saya beli dengan tambahan untung 10%".

Contoh Senario 03:
Penjual berkata: "Ana jual pada ente sebagaimana ana beli dulu, serta untung satu dirham pada tiap sepuluh dirham"
Pembeli menjawab, "Ana terima."
Maka sahlah jualan itu, dengan untung yang diperolehi penjual sebanyak 10% dari modal belian.

Contoh Senario 04:
Apabila si penjual berkata: "Aku nak jual barang-barang yang aku beli dulu ni. Bila kau nak beli semua barang aku tu, maka tiap-tiap 10 biji yang kau beli, aku bagi kau sebiji. Jadi bagi setiap 10 biji tu, yang kau beli adalah 9, sedangkan yang satu lagi tu adalah hadiah. Sweet tak aku? Hahaha".

Jual-beli sebegini adalah sah dalam hukum Islam.
Read more…

sponsors